Signum® WG

Signum® WG ialah sejenis racun kulat yang mengandungi 2 perawis aktif. Pyraclostrobin adalah daripada kumpulan 'methoxycarbamate' dan boscalid adalah daripada kumpulan 'pyridinecarboxamide' dengan tindakan menghalang percambahan spora, pertumbuhan mycelial dan sporulasi kulat pada permukaan daun.

Kawasan Tanaman: Tomato

Signum® WG

 

 

Hubungi Kami

Kaedah Aplikasi:

 

Panduan Membancuh:

  • Disyor menggunakan alat penyembur 'CKS' bernozel 'solid cone'. lsikan tangki setengah penuh dengan air bersih. Campurkan Signum® WG secukupnya mengikut syor yang ditetapkan dalam jadual sukatan dan bancuh dengan satu liter air bersih di dalam bekas berlainan dan kacau sehingga larut sepenuhnya. Seterusnya masukkan bancuhan ke dalam tangki alat penyembur dan tambah baki air bersih yang diperlukan dan kacau. Jangan guna pada kadar lebih tinggi daripada yang disyorkan. Jangan simpan baki bancuhan Signum® WG di dalam tangki alat penyembur.

Panduan Menyembur: 

  • Lakukan semburan apabila tanda-tanda penyakit mula kelihatan. Untuk kawalan yang baik, sembur secara menyeluruh ke permukaan atas dan bawah daun. Ulangi semburan selang 7 hari sekali apabila perlu sahaja. Jangan guna melebihi 3 kali semburan semusim. Jika rawatan perlu diulangi, gunakan Signum® WG berselang-seli dengan racun kulat daripada kumpulan berlainan yang mempunyai cara tindakan berbeza.

Tomato
Penyakit Kadar Racun setiap 10L Air Kadar Racun Sehektar Isipadu Semburan Sehektar Bilangan Semburan Maksimum

Kelapuk Downy (Pseudoperonospora cubensis)

Reput Lapuk Kelabu (Botrytis cinerea)

8g

800g

 

1000 Liter

 

3 kali semusim

Jangan kutip hasil tanaman tomato sekurang-kurangnya 3 hari selepas semburan terakhir.

Tempoh dilarang masuk semula kawasan rawatan (REI): 24 jam