Langkau ke kandungan utama
This site is best viewed using the current browser version of Chrome, Firefox, Safari, Edge. If you are using an out-of-date browser version or unsupported browser version, you may not experience the complete effect when viewing the site.
Signum® WG Packshot - BASF Malaysia

Signum® WG

Racun Kulat

Signum® WG ialah sejenis racun kulat yang mengandungi 2 perawis aktif. Pyraclostrobin adalah daripada kumpulan 'methoxycarbamate' dan boscalid adalah daripada kumpulan 'pyridinecarboxamide' dengan tindakan menghalang percambahan spora, pertumbuhan mycelial dan sporulasi kulat pada permukaan daun.

 
Tanaman Berdaftar: Tomato, Kekwa
 
Hubungi Kami

Keuntungan

Keseragaman saiz buah

  1. Gabungkan 2 bahan aktif: 25.5% Boscalid dan 12.8% Pyraclostrobin.

  2. Spektrum luas, sangat baik untuk Botrytis, Sclerotinia, Rhizoctonia, Alternaria.

  3. Perlindungan yang sangat tahan terhadap hujan tercapai antara 1 - 3 jam setelah aplikasi.

  4. Sistemik, translaminar, dan akropetal.

  5. Aman untuk tanaman, tidak ada fitotoksisitas pada tanaman.

  6. Meningkatkan kualitas tanaman dan hasil buah komersial.

<h3 style="color: rgb(146, 208, 80);">Kesesuaian Tanaman</h3>

  • <h4>Tomato</h4>

    Penyakit
    Kadar Racun setiap 10L Air
    Kadar Racun Sehektar
    Isipadu Semburan Sehektar
    Bilangan Semburan Maksimum
    Kulapuk Downy
    8g
    800g
    1000 Liter
    3 kali semusim
    Reput Lapuk Kelabu
    Jangan kutip hasil tanaman tomato sekurang-kurangnya 3 hari selepas semburan terakhir.  
    Tempoh dilarang masuk semula kawasan rawatan (REI): 24 jam
  • <h4>Kekwa</h4>

    Penyakit
    Kadar Racun setiap 10L Air
    Kadar Racun Sehektar
    Isipadu Semburan Sehektar
    Bilangan Semburan Maksimum
    Reput Lapuk Kelabu
    15g
    1.5kg
    1000 Liter
    2 kali semusim
    Tempoh dilarang masuk semula kawasan rawatan (REI): 24 jam

Kaedah Aplikasi:

  • Panduan Membancuh:

Disyor menggunakan alat penyembur 'CKS' bernozel 'solid cone'. lsikan tangki setengah penuh dengan air bersih. Campurkan Signum® WG secukupnya mengikut syor yang ditetapkan dalam jadual sukatan dan bancuh dengan satu liter air bersih di dalam bekas berlainan dan kacau sehingga larut sepenuhnya. Seterusnya masukkan bancuhan ke dalam tangki alat penyembur dan tambah baki air bersih yang diperlukan dan kacau. Jangan guna pada kadar lebih tinggi daripada yang disyorkan. Jangan simpan baki bancuhan Signum® WG di dalam tangki alat penyembur.

  • Panduan Menyembur:

Lakukan semburan apabila tanda-tanda penyakit mula kelihatan. Untuk kawalan yang baik, sembur secara menyeluruh ke permukaan atas dan bawah daun. Ulangi semburan selang 14 hari sekali apabila perlu sahaja. Jangan guna melebihi 3 kali semburan semusim bagi tomato; 2 kali semburan bagi kekwa. Jika rawatan perlu diulangi, gunakan Signum® WG berselang-seli dengan racun kulat daripada kumpulan berlainan yang mempunyai cara tindakan berbeza.

<h3 style="color: rgb(146, 208, 80);">Muat Turun</h3>

5 Peraturan Emas ketika mengendalikan Produk Perlindungan Tanaman:

  • Baca label produk sebelum digunakan.

  • Selalu periksa dan pastikan peralatan penyemburan dalam keadaan baik.

  • Pastikan untuk mencuci dan membersihkan segera setelah penyemburan.

  • Selalu berhati-hati dan waspada dalam menggunakan produk perlindungan tanaman.

  • Selalu gunakan PPE yang sesuai semasa pencampuran dan aplikasi: sarung tangan, kacamata pelindung, baju lengan panjang, seluar panjang, bot getah, topi.