Alverde®

Alverde® ialah sejenis racun serangga yang mengandungi perawis aktif daripada kumpulan "semicarbazone" yang bertindak secara sentuhan dan pengingesan. 

Kawasan Tanaman: Kubis, Tomato, Jagung

Alverde®

 

Hubungi Kami

Kaedah Aplikasi:

 

Panduan Membancuh:

  • Disyor menggunakan alat penyembur galas atau penyembur berkuasa dengan nozel kon. Isikan tangki setengah penuh dengan air bersih. Campurkan Alverde® secukupnya mengikut syor yang ditetapkan dalam jadual sukatan dan bancuh. Seterusnya tambah baki air bersih yang diperlukan dan kacau. Jangan guna pada kadar lebih tinggi daripada yang disyorkan. Jangan simpan baki bancuhan Alverde® di dalam tangki alat penyembur. 

Panduan Menyembur: 

  • Lakukan semburan apabila kesan serangan mencapai tahap ambang tindakan (ATL). Untuk kawalan yang baik, sembur secara menyeluruh ke permukaan atas dan bawah daun. Ulangi semburan selang 7 hari sekali bagi tomato, selang 10 hari sekali bagi jagung dan 14 hari sekali bagi kubis, apabila perlu sahaja. Untuk mengelakkan berlaku rintangan serangga, jangan sembur lebih daripada bilangan semburan maksimum yang disyorkan. Jika rawatan perlu diulangi, gunakan Alverde® berselang-seli dengan racun serangga daripada kumpulan berlainan yang mempunyai cara tindakan berbeza.

Kubis
Penyakit Kadar Racun setiap 10L Air Kadar Racun Sehektar Isipadu Semburan Sehektar Bilangan Semburan Maksimum

Ulat Plutella (Pluttella xylostella)

Ulat Kubis (Pieris rapae)

Kabuh Lenting (Phyllotreta sinuata)

15 ml

12 ml

12 ml

1200 ml

800 Liter

1000 Liter

1000 Liter

 

4 kali semusim

Tomato
Penyakit Kadar Racun setiap 10L Air Kadar Racun Sehektar Isipadu Semburan Sehektar Bilangan Semburan Maksimum

Ulat Pengorek Buah (Helicoverpa armigera)

12 ml

1200 ml

1000 Liter

3 kali semusim

Jagung
Penyakit Kadar Racun setiap 10L Air Kadar Racun Sehektar Isipadu Semburan Sehektar Bilangan Semburan Maksimum

Ulat Pengorek Buah (Helicoverpa armigera)

13.5 ml

1350 ml

 

1000 Liter

 

2 kali semusim

 

Jangan kutip hasil tanaman tomato sekurang-kurangnya 3 hari selepas semburan terakhir dan 7 hari bagi kubis dan jagung.
 

Tempoh dilarang masuk semula kawasan rawatan (REI): 12 jam