Basta® 15

Basta 15 ialah sejenis racun rumpai yang mengandungi perawis aktif daripada kumpulan "phosphinic" acid (HRAC H) yang menghalang sintesis glutamine. 

Kawasan Tanaman: Getah, Sawit (Clonal, semi-clonal, DxP hybrid), Koko, Teh, Kopi, Pisang, Gajus, Limau, Durian, Lada Hitam, Jambu Batu, Mangga, Nangka, Betik, Belimbing, Kubis, Kubis Cina, Sawi, Kailan, Salad, Tembikai, Tembikai Susu, Timun, Tomato, Cili Terung, Kacang Panjang, Kacang Buncis dan Kacang Manis

Basta 15

Faedah

Panduan Membancuh:

  • Disyor menggunakan alat penyembur galas bemozel fan jet saiz 5/64' atau very low volume spray nozzle atau penyembur CDA.
  • Isikan tangki setengah penh dengan air bersih.
  • Campurkan Basta 15 secukupnya mengikut syor yang ditetapkan dalam jadual sukatan dan bancuh.
  • Jangan guna pada kadar lebih tinggi daripada yang disyorkan.
  • Seterusnya tambah baki air bersih yang diperlukan dan kacau.
  • Jangan simpan baki bancuhan Basta 15 di dalam tangki alat penyembur.

Panduan Menyembur:

  • Semburan adalah secara bulatan.
  • Ketika menyembur, elakkan kabus semburan daripada terkena tanaman kerana kerosakan teruk atau kebinasaan mungkin berlaku.
  • Jangan sembur di kawasan tanaman yang tidak disyorkan.

Panduan Penuaian: 

  • Jangan kutip hasil tanaman sekurang-kurangnya 7 hari bagi teh, 14 hari bagi sawit, koko, pisang, gajus, limau, durian, lada hitam, jambu batu, nangka, betik dan belimbing dan 20 hari bagi kopi selepas semburan terakhir. 


Tempoh Dilarang Mask Semula Kawasan Rawatan (REI): 12 jam

Kaedah Aplikasi:

Basta 15

Muat Turun