<h3 style="color: rgb(146, 208, 80);">Kesesuaian Tanaman</h3>
-
<h4>Durian</h4>
Penyakit
Kadar Racun
setiap 10L Air
Cara Penggunaan
Kanker Batang
100 - 200g
Sapuan batang: Kenalpasti bahagian serangan penyakit pada batang durian dan kikis lapisan kulit. Buangkan 5-8cm lapisan kulit disekeliling kawasan yang diserang. Sapukan tisu yang terdedah dengan campuran larutan Forum®.
Jangan kutip hasil tanaman durian sekurang-kurangnya 1 hari selepas rawatan terakhir.
Tempoh dilarang masuk semula kawasan rawatan (REI): 12 jam -
<h4>Tomato</h4>
Penyakit
Kadar Racun setiap 10L Air
Kadar Racun Sehektar
Isipadu Semburan Sehektar
Bilangan Semburan Maksimum
Hawar Phytophthora
4g
320g
800 Liter
4 kali semusim
Jangan kutip hasil tanaman tomato sekurang-kurangnya 14 hari selepas semburan terakhir.
Tempoh dilarang masuk semula kawasan rawatan (REI): 12 jam
Kaedah Aplikasi:
- Panduan merawat pokok durian:
iakukan sapuan apabila berlaku serangan. Untuk kawalan yang baik, awalkan kultura seperti pembersihan kawasan, sistem saliran yang baik dan lain-lain perlu dilaksanakan (Jika perlu, ulangi sapuan selang 1 minggu. Jangan guna racun ini lebih dari 6 kali sapuan setahun). Jika rawatan perlu diulangi, gunakan Forum® berselang-seli dengan racun kulat daripada kumpulan berlainan yang mempunyai cara tindakan berbeza.
- Panduan Membancuh:
Disyor menggunakan alat penyembur galas bernozel 'solid cone' saiz 5/64". Isikan tangki setengah penuh air bersih. Campurkan Forum® secukupnya mengikut syor yang ditetapkan dalam jadual sukatan dan bancuh dengan satu liter air bersih di dalam bekas berlainan dan kacau sehingga larut sepenuhnya. Seterusnya masukkan bancuhan ke dalam tangki alat penyembur dan tambah kaki air bersih yang diperlukan dan kacau. Jangan guna pada kadar lebih tinggi daripada yang disyorkan. Jangan simpan baki bancuhan Forum® di dalam tangki alat penyembur.
- Panduan Menyembur:
Lakukan semburan apabila tanda-tanda penyakit mula kelihatan. Untuk kawalan yang baik, sembur secara menyeluruh ke permukaan atas dan bawah daun. Ulangi semburan selang 7 hari, apabila perlu sahaja. Jangan gunakan kadar bancuhan kurang dari yang disyorkan atau melebihi dari 4 kali semburan semusim bagi tanaman tomato untuk mengurangkan kesan kerintangan. Jika rawatan perlu diulangi, gunakan Forum® berselang-seli dengan racun kulat daripada kumpulan berlainan yang mempunyai cara tindakan berbeza.
5 Peraturan Emas ketika mengendalikan Produk Perlindungan Tanaman:
- Baca label produk sebelum digunakan.
- Selalu periksa dan pastikan peralatan penyemburan dalam keadaan baik.
- Pastikan untuk mencuci dan membersihkan segera setelah penyemburan.
- Selalu berhati-hati dan waspada dalam menggunakan produk perlindungan tanaman.
- Selalu gunakan PPE yang sesuai semasa pencampuran dan aplikasi: sarung tangan, kacamata pelindung, baju lengan panjang, seluar panjang, bot getah, topi.