Langkau ke kandungan utama
This site is best viewed using the current browser version of Chrome, Firefox, Safari, Edge. If you are using an out-of-date browser version or unsupported browser version, you may not experience the complete effect when viewing the site.
Clio® SC Packshot - BASF Malaysia

Clio® SC

Racun Rumpai

Clio® SC ialah sejenis racun rumpai yang mengandungi perawis aktif daripada kumpulan ‘pyrazole’ yang bertindak secara selektif.

 
Tanaman Berdaftar: Sawit, Jagung
 
Hubungi Kami

Keuntungan

  • Berkesan terhadap Rumput Sambau.

  • Kadar penggunaan rendah, kecekapan tinggi.

  • Kawalan tahan lama.

  • Selamat untuk jagung.

<h3 style="color: rgb(146, 208, 80);">Kesesuaian Tanaman</h3>

  • <h4>Sawit (Kurang 2 tahun)</h4>

    Rumpai
    Kadar Racun setiap 10L Air
    Kadar Racun Sehektar
    Isipadu Semburan Sehektar
    Rumput Sambau
    2ml
    90ml
    450 Liter
    Tempoh dilarang masuk semula kawasan rawatan (REI): 12 jam.
  • <h4>Jagung</h4>

    Rumpai
    Kadar Racun setiap 10L Air
    Kadar Racun Sehektar
    Isipadu Semburan Sehektar
    • Rumput Sambau
    • Jelamparan
    • Bayam Duri
    • Lachang
    • Padi Burung
    1.5ml
    75ml
    450 Liter
    1.3ml + 35ml Atrazine + 0.5% MSO
    60ml + 1.5 Liter Atrazine + 0.5% MSO
    Jangan kutip hasil tanaman jagung sekurang-kurangnya 45 hari selepas semburan terakhir. Clio® SC digunakan pada peringkat awal tanaman sahaja (1-8 helai daun) pada jagung.     
    Tempoh dilarang masuk semula kawasan rawatan (REI): 12 jam.

Kaedah Aplikasi:

  • Panduan Membancuh:

Disyor menggunakan alat penyembur galas bernozel ‘flat fan’ saiz 5/64”. Isikan tangki setengah penuh dengan air bersih. Campurkan Clio® SC secukupnya mengikut syor yang ditetapkan dalam jadual sukatan dan bancuh. Jangan guna pada kadar lebih tinggi daripada yang disyorkan. Seterusnya tambah baki air bersih yang diperlukan dan kacau. Jangan simpan baki bancuhan Clio® SC di dalam tangki alat penyembur. 

  • Panduan Menyembur:

Ketika menyembur, elakkan kabus semburan daripada terkena tanaman kerana kerosakan teruk atau kebinasaan mungkin berlaku. Gunakan alat penghadang semburan untuk mengelakkan tempiasan. Bilangan semburan semusim bagi jagung ialah 1 kali. Sembur menyeluruh pada rumput daun sambau. Digalakan menyembur pada rumput sebelum peringkat berbunga untuk mendapatkan kawalan maksimum. Jangan sembur di kawasan tanaman lain yang tidak disyorkan.

<h3 style="color: rgb(146, 208, 80);">Muat Turun</h3>

5 Peraturan Emas ketika mengendalikan Produk Perlindungan Tanaman:

  • Baca label produk sebelum digunakan.
  • Selalu periksa dan pastikan peralatan penyemburan dalam keadaan baik.
  • Pastikan untuk mencuci dan membersihkan segera setelah penyemburan.
  • Selalu berhati-hati dan waspada dalam menggunakan produk perlindungan tanaman.
  • Selalu gunakan PPE yang sesuai semasa pencampuran dan aplikasi: sarung tangan, kacamata pelindung, baju lengan panjang, seluar panjang, bot getah, topi.