Langkau ke kandungan utama
This site is best viewed using the current browser version of Chrome, Firefox, Safari, Edge. If you are using an out-of-date browser version or unsupported browser version, you may not experience the complete effect when viewing the site.
Prowl® CS Packshot - BASF Malaysia

Prowl® CS

Racun Rumpai

Perawis Aktif: Pendimethalin 38.7% w/w
Formulasi: Ampaian Kapsul (CS)

Kesesuaian Tanaman

  • Sawi (Yang Disemai)

  • Kubis Bulat, Tomato

Kaedah Aplikasi:

  • Panduan Membancuh:

Disyor menggunakan alat penyembur galas bernozel ‘flat fan’ saiz 5/64”. Isikan tangki setengah penuh dengan air bersih. Campurkan Prowl® CS secukupnya mengikut syor yang ditetapkan dalam jadual sukatan dan bancuh. Jangan guna pada kadar lebih tinggi daripada yang disyorkan. Seterusnya tambah baki air bersih yang diperlukan dan kacau. Jangan simpan baki bancuhan Prowl® CS di dalam tangki alat penyembur. 

  • Panduan Menyembur:

Ketika menyembur, elakkan kabus semburan daripada terkena tanaman kerana kerosakan teruk atau kebinasaan mungkin berlaku. Gunakan alat penghadang semburan untuk mengelakkan tempiasan. Jangan sembur di kawasan tanaman lain yang tidak disyorkan. 

Muat Turun

5 Peraturan Emas ketika mengendalikan Produk Perlindungan Tanaman:

  • Baca label produk sebelum digunakan.
  • Selalu periksa dan pastikan peralatan penyemburan dalam keadaan baik.
  • Pastikan untuk mencuci dan membersihkan segera setelah penyemburan.
  • Selalu berhati-hati dan waspada dalam menggunakan produk perlindungan tanaman.
  • Selalu gunakan PPE yang sesuai semasa pencampuran dan aplikasi: sarung tangan, kacamata pelindung, baju lengan panjang, seluar panjang, bot getah, topi.